Kelas Tambahan Digital (Maxis e-Kelas)
29 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada setiap bulan, PI Bukit Besar mengadakan Program Maxis e-Kelas iaitu Pendidikan Secara Digital. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan kelas tambahan digital secara percuma kepada para pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 3. Seramai 45 orang peserta telah menyertai program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberikan penekanan kepada pelajar mengenai tuisyen e-Kelas, Memberitahu cara penyampaian tuisyen e-Kelas, Membuat aktiviti kumpulan didalam kelas serta menjawab soalan ujian Matematik, Sains & English.
Para peserta diajar mengenai subjek tersebut, teknik menjawab soalan dan soal jawab bersama tenaga pengajar secara online. Program seumpama ini dapat meningkatkan dan memantapkan lagi para pelajar di dalam tiga subjek tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: