Pendidikan
Sekolah Menengah Agama Nahdzah (SMAN) Bukit Besar
Sekolah Menengah Agama Nahdzah (SMAN) telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Othman Al-Yunusi pada tahun 1946. Ia dikenali dengan nama Pondok Pak Man. Pusat pengajian ini terletak di Bt. 12, Bukit Besar 06800 Yan, Kedah. Secara asasnya, pusat pengajian ini menerapkan Dwi Kurikulum iaitu Kurikulum Agama (Diniah) dan Kebangsaan. Pusat pengajian ini didaftarkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No 9 Tahun 1962. Allahyarham memimpin SMAN bermula tahun 1946-1983. Selepas pemergian Allahyarham Tuan Guru, sekolah ini dipimpin oleh Anakandanya Ustaz Nasir bin Haji Othman. Era kepimpinan Ustaz Nasir bermula dari tahun 1983-2001. Kebanyakan pelajar lepasan sekolah ini menyambung pelajaran ke Universiti AlAzhar, Cairo melalui IV Thanawi dan juga Universiti Tempatan. Bermula dari tahun 2001 sehingga sekarang, sekolah ini dipimpin oleh pengetua yang ke 3 iaitu Ustaz Haji Adenan bin Haji Othman (Anak Allahyarham). Pada Jun 2005, Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) telah membuat keputusan untuk bersama-sama menyambut hasrat kerajaan bagi menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Maka termeterai ikatan MOu antara LPS dan Kerajaan pada tahun 2006.
Alamat : Batu 12, Bukit Besar 06800, Yan, Kedah Darul Aman.
Email : smanahdzah.ppdkmy@gmail.com
No.tel : 04 -7691055
Sekolah Kebangsaan Bukit Besar
Sekolah ini diasaskan hasil daripada cetusan idea En. Putih Bin Senawi. Pada tahun 1930an, sekolah ini didirikan dengan rangka kayu beratapkan daun nipah dan dikenali sebagai sekolah rakyat yang dikelilingi sawah berhampiran Bukit Besar. Pada tahun 1940, sebuah bangunan kayu beratapkan nipah didirikan sekali lagi menggantikan bangunan asal yang musnah akibat ribut. Bangunan ini asalnya mengandungi 4 buah bilik darjah. Menjelang 1953 dengan bantuan daripada kerajaan, sebuah bangunan mengandungi 5 bilik dibina menggantikan bangunan lama manakala sebuah lagi bangunan dibina secara gotong-royong yang mengandungi 7 bilik dengan tenaga pengajar seramai 16 orang.
Alamat : Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, 06800 Kota Sarang Semut, Bukit Besar, Kedah.
Email : skbktbesar.ppdkmy@gmail.com
No.tel : 04-769 4933
Tabika Kemas Kampung Telok, Bukit Besar
Tabika Kemas Kampung Telok, Bukit Besar ini telah ditubuhkan pada tahun 1994. Ia terletak lebih kurang 1.5 kilometer dari simpang tiga jalan baru bukit besar. Pengerusi tabika yang terkini ialah En. Annuar Bin Ibrahim dan Naik Pengerusinya ialah En. Abas Bin Ahmad. Tabika ini mempunyai dua orang tenaga pengajar iaitu Puan Mazita Binti Khamis (Pembantu Pembangunan Masyarakat, KEMAS) dan Puan Nurul Syazana Binti Abd Razak. Tabika ini mempunyai dua bilik kelas iaitu bilik A dan bilik B yang menempatkan seramai 52 orang murid iaitu 26 lelaki dan 26 perempuan. Tabika ini menerima pelajar yang berusia dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun. Tabika ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Makanan untuk para pelajar pula disediakan sendiri oleh pihak tabika sebanyak dua kali sehari iaitu sarapan pagi dan makanan tengah hari. Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh tabika ini ialah Sambutan hari lahir pelajar-pelajar, Sambutan hari guru, Sambutan hari ibu, Sambutan hari kemerdekaan, Sambutan hari raya aidilfitri, Hari potensi untuk asah bakat pelajar-pelajar, Lawatan sambil belajar dan Kelas tambahan Iqrak dan Fardhu ain.
Alamat : Tabika Kemas Kg Telok (A) Dan (B), Bukit Besar, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.