Kisah Kejayaan
Muhammad Azri Bin Mohd Helmi
Pada pertengahan tahun 2015, PI Bukit besar telah terpilih untuk menjalankan program eKELAS yang dianjurkan oleh pihak MAXIS. Tujuan utama program Maxis Ekelas ini adalah untuk memberi pembelajaran (tuisyen) secara atas talian (e-learning) secara percuma kepada pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 3 di kawasan Bukit Besar. Muhammad Azri adalah salah seorang pelajar yang berminat dan mendaftar untuk mengikuti program Maxis eKELAS ni untuk tahun 2016 dan 2017. Komitmen beliau menghadiri dan mengikuti setiap modul pelajaran yang diberikan kini telah memberikan hasil yang cemerlang kepadanya.
Gred peperiksaan sekolah dimana sebelum mengikuti program ini adalah di antara gred C dan B dan kurang menunjukan minat di dalam pembelajaran. Kini setelah mendapat tunjuk ajar dari tenaga pengajar di program eKELAS telah memberikan beliau mendapat gred yang cemerlang (A) setiap kali peperiksaan.
Keputusan peperiksaan akhir tahun 2016 telah memberi keputusan yang amat cemerlang kepada Muhammad Azri di mana beliau telah mendapat tempat pertama di dalam tingkatan di sekolahnya secara keseluruhan.Antara modul pembelajaran Kelas Microsoft Office adalah pengenalan awal kepada pelajar tentang penggunaan applikasi Microsoft word dan cara-cara untuk menggunakan perkakasan Microsoft Words.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nur Aliza Binti Abu Samah
Mula mengunjungi PI dan mendaftar menjadi ahli PI Bukit Besar sekitar tahun 2016 dan mula mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak PI antaranya asas keusahawanan dan usahawan atas talian. Mula menceburi bidang perniagaan tanaman cendawan tiram sekitar penghujung 2015. Sebelum ini, beliau menjalankan perniagaan berasakan produk pertanian yang lain tetapi kurang mendapat sambutan disebabkan persaingan yang tinggi.
Pada permulaan sebelum menjalankan perniagaan dan pemasaran secara atas talian, pelanggan beliau cuma terhad kepada kenalan sahaja dan penjualan produk agak terhad.
Setelah diberi pendedahan oleh staf PI Bukit Besar, kini Puan Aliza telah mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam perniagaannya hampir 60% pemasaran dilakukan secara atas talian. Ini memberi impak dan perkembangan yang positif kepada perniagaan beliau. Kini, permintaan telah melebihi daripada bekalan disebabkan promosi-promosi atas talian yang dijalankannya. Permintaan produknya semakin meningkat hari ke hari. Kini, Puan Aliza telah mula untuk mengaplikasikan konsep pemasaran secara atas talian untuk produk-produk pertaniannya yang lain dimana kurang mendapat sambutan sebelum ini.