Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Gunung Jerai Hutan Lipur
Gunung Jerai Hutan Lipur ini agak istimewa kerana kewujudannya yang terletak di Gunung Jerai dan merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang utama dimana disenaraikan oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan Negara sebagai tempat untuk pendakian. Kemudahan penginapan yang terdapat di sini dikelolakan oleh Regency Hill Resort yang menyediakan Chalet, Kafetaria, Bilik Seminar dan sebagainya. Terdapatnya juga sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang terletak di pintu masuk hutan lipur tersebut dimana mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan. Disini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta tapak perkemahan yang luas bagi tujuan rekreasi. Terdapat denai hutan yang menghubungi ke kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Tangga Kenari Seribu Tahun. Berhampiran dengan kawasan peranginan ini terdapatnya tempat-tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Padang Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal Gunung setinggi 1200 meter. terbentuk dari jenis batu-batu quarzite dan granite. Ia juga kaya dengan spesis tumbuhan terkenal dengan memiliki "Major Forest Types" Negara seperti Periuk Kera, Paku Pakis, Cinamaki, Orkid dan sebagainya.
Pantai Murni
Terletak lebih kurang 500 m dari Pekan Yan dan dihubungkan dengan jalan raya yang selesa untuk para pengunjung. Rasai suasana pantai yang mengasyikkan bersama hembusan bayu laut yang nyaman serta dilengkapi dengan kemudahan insfrastruktur untuk pengunjung seperti gerai-gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang sempurna. Kawasan pantai yang bersih dilengkapi suasana pemandangan yang menarik menjadikan pantai murni sebagai kawasan pelancongan seisi keluarga. Pengunjung juga dapat menikmati panorama pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Bunting, Telor dan Songsong serta pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja. Kemudahan untuk pengunjung juga disediakan seperti tandas awam, pondok-pondok rehat dan bilik persalinan.
Pulau Bunting, Sonsong, Telur dan Bidan
Daerah Yan yang terletak berhampiran pesisir pantai Selat Melaka mempunyai gugusan pulau-pulau yang menarik. Terdapat empat gugusan pulau iaitu Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong. Pulau-pulau ini mejadi tarikan pelancong yang gemarkan pada aktiviti laut dimana banyak terdapat Tuas penangkapan ikan bagi kaki-kaki pancing. Kaki-kaki pancing boleh menyewa bot dengan kadar yang berpatutan untuk pergi ke Tuas-tuas tersebut. Antara pulau yang sedang di bangunkan ialah Pulau Bunting dimana projek pembinaan Jambatan yang menghubungkan pulau tersebut dengan darat. Ianya juga menjadi persinggahan nelayan-nelayan yang menangkap ikan.
Titi Hayun
Titi Hayun sememangnya terkenal sebagai tempat rekriasi bertemakan air di Yan. Setiap kali musim kemarau (Panas), Titi Hayun ini pasti akan dipenuhi pengunjung yang ingin mandi bagi menyejukkan badan. Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Antara kemudahan rekreasi untuk pengunjung yang berkunjung ke Titi Hayun ini ialah Chalet (Terdapat hampir 10 perkhidmatan Chalet), Gerai Makanan, Tempat Letak kenderaan, Wakaf, Surau, Dewan terbuka, Asrama, Bilik persalinan dan Tandas. Terdapat denai hutan dan air terjun yang sangat cantik. Di Titi Hayun ini juga terdapat Tangga Kenari dimana Tangga Kenari ini membolehkan pengunjung mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai bermula dari Titi Hayun. Tangga Kenari ini sungguh mencabar ketahanan fizikal dan sangat sesuai bagi sesiapa yang minat dengan Junggle Trackking.
Nira Nipah
Daerah Yan mempunyai keunikanya yang tersendiri dimana terdapat perniagaan Nira Nipah segar secara kecil-kecilan yang diusahakan dan dihasilkan sendiri oleh penduduk kampung sekitar Kampung Sedaka dan Titi Bakong yang memang terkenal dengan rasanya yang sangat sedap. Pengunjung yang berkunjung ke Daerah Yan berpeluang menikmati minuman Nira Nipah yang masih segar malah boleh diminum terus dari pokok. Pengunjung juga dapat melihat sendiri proses penduduk kampung menghasilkan Nira Nipah.