Kelas Tambahan Digital (Maxis e-Kelas) Eksperimen Matematik & Sains
05 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2018, PI Bukit Besar melalui Program Maxis e-Kelas telah menjalankan satu eksperimen bagi matapelajaran Matematik & Sains untuk setiap tingkatan 1, 2 & 3. Eksperimen ini dijalankan adalah bertujuan untuk cikgu menilai pelajar-pelajar Maxis e-Kelas samada mereka faham ataupun tidak dengan apa yang telah mereka belajar berkaitan teori didalam kelas selama ini.
Semua pelajar Maxis e-kelas diwajibkan mengambil bahagian dalam eksperimen ini. Pelajar-pelajar harus menyiapkan eksperimen ini dalam masa satu jam dan akan diperhatikan oleh staf Pusat Internet. Selain itu juga, dengan adanya eksperimen ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada jemu asyik belajar secara teori dan juga dapat memahamkan lagi pelajar-pelajar dengan proses yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: