Temuduga Terbuka Operator Jabil Circuit & JobsMalaysia
22 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Bukit Besar telah bekerjasama dengan Agensi JobsMalaysia Kedah untuk mengadakan Temuduga Terbuka Operator Pengeluaran Syarikat Jabil Circuit (M) Sdn. Bhd. pada baru-baru ini. Pusat Internet di Negeri kedah telah mendapat pentauliahan daripada JobsMalaysia sendiri bersama MCMC memandangkan impak Pusat Internet sebagai pusat komuniti sebagai agen pengubah dan sosial masyarakat serta pusat informasi.
Kerjasama ini adalah bagi memudahkan komuniti setempat mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan terutamanya pencari kerja. Memandangkan Pusat Internet yang terletak dikawasan pinggir bandar, ia memudahkan komuniti kurang berkemampuan untuk mendapatkan pekerjaan serta memperolehi kemudahan logistik selepas berjaya mendapat pekerjaan.
Program ini bermula dari jam 10 pagi sehingga 2 petang dan seramai 14 orang peserta telah menghadiri temuduga tersebut dan telahpun berjaya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Syarikat Jabil Circuit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: