Tuisyen Maxis e-Kelas
March 2018 | Aktiviti TerkiniSeperti tahun-tahun yang sudah, Tuisyen Maxis e-Kelas ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Terdapat 3 subjek yang ditawarkan dalam Tuisyen Maxis e-Kelas ini iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi setiap tingkatan. Tuisyen Maxis e-Kelas ini dijalankan setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja di Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Besar. Setiap subjek dibuka kepada 20 orang pelajar sahaja memandangkan ruang bilik yang tidak mengizinkan. Para pelajar akan diajar oleh guru yang di sediakan oleh pihak Maxis. Pembelajaran berjalan secara lansung/live streaming dari bangunan Maxis, Kuala Lumpur.
Ini merupakan jadual Tuisyen Maxis e-Kelas :
- Hari Jumaat : (Bahasa Inggeris)
- Tingkatan 1 : 3.00 Petang – 4.00 Petang
- Tingkatan 2 : 4.00 Petang – 5.00 Petang,
- Tingkatan 3 : 5.00 Petang – 6.00 Petang
- Hari Sabtu : (Matematik & Sains)
- Tingkatan 1 : 11.00 Pagi – 1.00 Petang
- Tingkatan 2 : 2.00 Petang – 4.00 Petang
- Tingkatan 3 : 4.00 Petang – 6.00 Petang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: