Cabaran Drama Bahasa Inggeris (Maxis e-Kelas)
31 Macl 2018 | Aktiviti TerkiniPada 30 Mac 2018 baru-baru ini, melalui Tuisyen Maxis e-Kelas yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia telah menganjurkan Cabaran Drama Bahasa Inggeris dimana cabaran ini adalah bertujuan untuk membuat penilaian terhadap tahap kebolehan setiap pelajar yang telah mengikuti MAXIS e-Kelas dalam matapelajaran bahasa inggeris. Cabaran ini melibatkan 17 orang pelajar dari tingkatan 1, 2, dan 3.
Pelajar-pelajar daripada Maxis e-Kelas dari tingkatan 1, 2 dan 3 diberi skrip drama dalam bahasa inggeris untuk dibaca dengan betul dan lancar mengikut kumpulan masing-masing. Melalui skrip drama yang diberikan, tenaga pengajar dapat membuat penilaian terhadap tahap penerimaan serta kelancaran dan sebutan bahasa inggeris yang betul setiap pelajar e-Kelas.
Antara kelebihan cabaran ini ialah tahap kelancaran dan sebutan bahasa inggeris yang betul setiap pelajar dari setiap tingkatan dapat diketahui serta dinilai disamping pelajar dapat bersuai kenal di antara satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: