Eksperimen Matapelajaran Sains (Maxis e-Kelas)
1 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 31 March 2018 baru-baru ini melalui Tuisyen Maxis e-Kelas dalam matapelajaran Sains yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia telah menjalankan satu eksperimen/ujikaji berkaitan “Perubahan Jirim” (Tingkatan 1), “Elektrolisis Air” (Tingkatan 2) dan “Penapis Air” (Tingkatan 3). Semua ujikaji ini adalah bertujuan untuk membuat penilaian terhadap tahap kebolehan serta pemahaman dalam sesuatu tajuk dalam matapelajaran sains melalui kaedah eksperimen yang dijalankan oleh setiap pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 3 yang telah mengikuti MAXIS e-Kelas.
Antara butir-butir berkaitan aktiviti ialah pelajar-pelajar daripada Maxis e-Kelas dari tingkatan 1, 2 dan 3 melalui kumpulan masing-masing dan tingkatan masing-masing diberi satu tajuk ujikaji dan barang-barang berkaitan ujikaji yang akan dijalankan. Pelajar-pelajar perlu menyiapkan ujikaji tersebut dalam jangka masa yang diberikan.
Melalui ujikaji ini, cikgu dapat menilai tahap pemahaman setiap murid-murid. Murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang dibelajar melalui tiori kepada amali. Murid-murid akan lebih rasa seronok dengan tuisyen Maxis e-Kelas melalui aktiviti-aktiviti ujikaji yang dijalankan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: