Hari Terbuka & Jamuan Aidilfitri Pusat Internet Bukit Besar
30 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Jun 2019 yang lalu, Pusat Internet Bukit Besar telah mengadakan Program Hari Terbuka Pusat Internet Bukit Besar bagi tahun 2019. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara Staff Pusat Internet Bukit Besar dan Komuniti Bukit Besar, Membentuk sikap kerjasama antara Pusat Internet dan komuniti setempat serta Mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti setempat. Tujuan program ini diadakan pada setiap tahun adalah untuk menggalakkan penyertaan komuniti terhadap program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Besar disamping memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini dan dalam masa yang sama dapat mendedahkan tentang peranan yang dibawa oleh Pusat Internet Bukit Besar kepada komuniti setempat. Program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil Maxis eKelas Wilayah Utara.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong menyediakan juadah jamuan Aidilfitri oleh Komuniti Bukit Besar, Booth Ar-Rahnu Yapeim, Bengkel Maxis eKelas Be Internet Awesome, Sesi ramah mesra waris eKelas bersama Maxis, Majlis penyampaian hadiah untuk pelajar Maxis eKelas, Bengkel keusahawanan (Design promosi perniagaan menggunakan Apps), Advokasi Fun Games (Check point KDB, Check point ewaste, Check point Check Your Label & Check point Internet Security), Typing Test Challenge serta Kahoot Challenge. Program ini berakhir dengan acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta akhir sekali jamuan makan Aidilfitri.
Melalui perjalanan program ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan kesedaran kepada masyarakat setempat akan peranan Pusat Internet Bukit Besar serta mempromosikan program dan latihan yang dianjurkan Pusat Internet Bukit Besar kepada komuniti Bukit Besar. Sambutan di kalangan penduduk adalah amat memberangsangkan sehingga mencatat kehadiran lebih 350 orang penduduk Kampung Bukit Besar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: