Maxis eKelas Penilaian Atas Talian Siri 2 (Darjah 6 & Tingkatan 3)
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2019 yang lalu, PI Bukit Besar melalui Program Maxis e-Kelas telah menjalankan satu Penilaian Atas Talian Siri 2 (2019) bagi matapelajaran Matematik & Sains untuk pelajar-pelajar tuisyen eKelas Darjah 6 dan tingkatan 3. Penilaian Atas Talian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membuat penyelidikan terhadap kemampuan setiap pelajar yang sedang mengikuti tuisyen Maxis e-Kelas serta menilai pelajar-pelajar Maxis e-Kelas samada mereka faham ataupun tidak dengan apa yang telah mereka belajar berkaitan teori didalam kelas selama ini.
Semua pelajar Maxis e-kelas Darjah 6 & Tingkatan 3 diwajibkan mengambil bahagian dalam Penilaian Atas Talian ini. Pelajar-pelajar harus menyiapkan penilaian ini dalam masa 40 minit dimana penilaian ini mengandungi 40 soalan untuk setiap matapelajaran iaitu Matematik & Sains dan akan diperhatikan oleh staf Pusat Internet. Selain itu juga, dengan adanya penilaian ini, tahap kemahiran dan pemahaman setiap pelajar dapat diketahui serta dinilai serta dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada jemu asyik belajar secara teori dan juga dapat memahamkan lagi pelajar-pelajar dengan proses yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: