Bengkel Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus & Penolong Pengurus Pusat Internet 2018-2019
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniSebagai permulaan bagi tahun 2019, dimana pada 13 Januari 2019 yang lalu satu bengkel iaitu “Bengkel Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi 2018/2019” telah diadakan untuk Pengurus Dan Penolong Pengurus Pusat Internet yang bertempat di Pusat Internet Jerlun. Program ini berlangsung selama 8 jam bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Bengkel ini menggabungkan semua Pengurus dan Penolong Pengurus dari Kluster Yan, Kluster Kota Setar dan Kluster Kubang Pasu.
Program ini dikendalikan oleh beberapa orang Staf Pusat Internet yang terpilih dan salah seorangnya adalah Manager Pusat Internet Bukit Besar. Wakil dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Puan Norrazlina Binti Nordin juga turut terlibat dalam menyampaikan taklimat didalam bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi persediaan awal kepada Pengurus dan Penolong Pengurus sebagai menambah pengetahuan yang lebih mendalam dan terkini berkaitan Advokasi KDB supaya segala maklumat yang diterima dapat disampaikan semula kepada komuniti dan masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: