Program Karnival Pendidikan, Kerjaya & Keusahawanan 2019
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 November yang lalu, telah berlangsungnya “Program Karnival Pendidikan, Kerjaya & Keusahawanan 2019” yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerlun dengan kerjasama Jerlun Bikers Ride Club 05 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir. Program ini berlangsung di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun, Kedah. Program Karnival Pendidikan, Kerjaya & Keusahawanan 2019 ini berlangsung selama sehari bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program ini dihadiri hampir 500 orang pengunjung dan 25 booth agensi dan usahawan.
Pusat Internet Malaysia Daerah Yan & Daerah Kota Setar telah dijemput bersama-sama melaksana dan menjayakan program ini. Pihak NERA telah memberi dana kepada staf Pusat Internet untuk mencari pengalaman menjalankan perniagaan. Melalui dana yang diberi oleh pihak NERA ini, Pusat Internet Maxis Kedah telah mengambil peluang melalui Program Karnival Pendidikan, Kerjaya & Keusahawanan 2019 ini untuk menjalankan perniagaan secara langsung. Selain itu, Pusat Internet Maxis Kedah juga terlibat untuk menyampaikan taklimat advokasi kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.
Dalam Program Karnival Pendidikan, Kerjaya & Keusahawanan 2019 tersebut turut berlangsungnya Temuduga Terbuka, Pameran Pendidikan, Pameran Keusahawanan, Taklimat Kerjaya oleh Jobs Malaysia, Taklimat Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Pameran Agensi Kerajaan & Swasta, Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen Menderma Darah, Jualan Sentuhan Rakyat serta Kenduri Rakyat. Peserta yang terlibat turut disediakan jamuan makan tengahari diiringi dengan cabutan nombor bertuah buat pengunjung yang hadir serta diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang berjaya. Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan diantara Pusat Internet Malaysia dengan masyarakat sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: