Perlaksanaan Program MIV (DTT) Bersama Kluster Yan 2019
15 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2019 yang lalu, Pusat Internet Bukit Besar serta beberapa Kluster Yan yang lain telah terpilih menghadiri kursus MIV di Pusat Internet Yan Kechil sempena menjayakan Projek MIV Bersama DTT (Digital Terrestrial Television) 2019. Kursus tersebut dihadiri oleh 15 orang sukarelawan daripada sekitar Pusat Internet yang terpilih serta 3 orang wakil staf Pusat Internet. Kursus ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari dan disampaikan oleh dua orang Wakil MCMC HQ bahagian MIV.
Untuk pengetahuan semua, Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) sedang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai DTT perlu disebarkan kepada orang ramai. Pelbagai kaedah sedang dilaksanakan untuk menghebahkan maklumat tersebut dan tujuan program MIV ini diadakan adalah untuk penglibatan Sukarelawan MIV (Malaysia ICT Volunteer) sebagai agen penyebar maklumat DTT dibawah program “MIV Bersama DTT”.
Walau bagaimanapun, bukan semua komuniti boleh menjadi sukarelawan didalam program MIV bersama DTT ini. Terdapat beberapa kriteria-kriteria yang menjadi pilihan. Antaranya ialah :
- Berminat untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan yang berkaitan dengan ICT.
- Para pesara, golongan professional dengan pelbagai latar belakang, pelajar universiti/kolej juga digalakkan untuk terlibat sebagai sukarelawan.
- Kelayakan minimum – Diploma atau setaraf.
- Menetap di sekitar Pusat Internet yang dipilih – bagi mereka yang tinggal jauh dari Pusat Internet namun mempunyai kaitan seperti contoh kampung halaman.
- 18 tahun dan keatas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: