Asas Microsoft Word dan Kuiz Swap Puzzle
17 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniAsas Microsoft Word dan Kuiz Swap Puzzle telah diadakan pada 16 Oktober 2020 pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ini diadakan secara atas talian iaitu melalui aplikasi Streamyard dan telah disertai oleh 3 orang pelajar. Kelas ini diadakan bertujuan bagi memberi penerangan dan tutorial ringkas mengenai asas penggunaan perisian Microsoft Word.
Dengan menyertai kelas ini, para pelajar diberi pendedahan untuk belajar bagaimana untuk mewujudkan satu dokumen Word. Pelajaran ini meliputi menaip, menggunakan kekunci Keyboard dan mewujudkan satu dokumen Word. Selain itu, para pelajar juga diberi peluang untuk menyertai aktiviti Kuiz Swap Puzzle bagi merangsang otak dan menguji kepintaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: