Kahoot Kuiz Matematik
4 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat 3 Januari 2021 yang lalu, Kahoot Kuiz Matematik telah diadakan di Pusat Internet Komuniti Bukit Besar. Kuiz ini berlangsung pada pukul 3.00 petang sehingga 3.30 petang. Terdapat 2 orang pelajar yang telah menyertai sesi kali ini.
Kuiz ini diadakan bertujuan bagi mewujudkan pembelajaran dalam talian yang menampilkan suasana kelas yang menarik dan juga penggunaan Kahoot juga dapat memaparkan kedudukan kuiz dan pelajar dapat melihat skor di skrin hadapan. Penggunaan Kahoot juga merupakan suatu kaedah pembelajaran melalui permainan interaktif yang mengandungi unsur persaingan. Ia menggalakkan pelajar berinteraksi secara bersemuka dalam tetapan permainan pembelajaran yang menyeronokkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: