Bengkel Business Model Canvas (BMC)
4 April 2021 | Aktiviti TerkiniBengkel Business Model Canvas (BMC) telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 2 & 3 April 2021 secara dalam talian menggunakan Googlemeet. Bengkel tersebut telah berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Semua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti dari Kedah dan Selangor di bawah pengurusan NERA terlibat dalam bengkel ini.
Selama sesi ini berlangsung para peserta akan didedahkan tentang Pengenalan BMC, Elemen-elemen BMC, Idea perniagaan, Pembangunan BMC dan Penggunaan Template BMC.
Pada akhir bengkel ini peserta akan memahami objektif berikut :
- Asas-asas BMC
- Memahami 9 elemen yang terdapat dalam BMC
- Mengembangkan idea perniagaan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: