Kelas Odl Bahasa Arab Pelajar Unisza
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniSistem Pembelajaran Dalam Talian Jarak Jauh atau lebih dikenali Online Distant Learning (ODL) merupakan kaedah pengajaran alaf baharu kepada pelajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pensyarah dengan menggunakan rangkaian dan capaian internet. Sistem ODL ini memudahkan pelajar untuk mengakses pembelajaran tanpa perlu hadir ke kelas setiap masa seperti pelajar kampus. Pembelajaran seperti ini juga dikenali sebagai e-learning.
Pada 7 Februari 2021 yang lalu, seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA ) datang ke Pusat Internet Komuniti bagi menghadiri Peperiksaan Online Bahasa Arab bersama pensyarah. Peperiksaan yang bermula pada jam 9 pagi itu berlangsung selama 4 jam.
Jelaslah ODL membuka evolusi baru pengajaran dan pembelajaran masa kini. Ketika ini, para pensyarah menggunakan pelbagai kaedah seperti perkongsian bahan pengajaran antaranya melalui pos, pesanan suara, aplikasi Whatsapp, Telegram, Google Meet, Google Class, Google Classroom dan Zoom.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: