Ulangkaji Pelajar Tingkatan 5
2 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat 1 Mac 2021 yang lalu, seorang pelajar Tingkatan 5 yang bakal mengambil peperiksaan SPM telah datang ke Pusat Internet Komuniti Bukit Besar untuk membuat ulangkaji pelajaran. Pelajar menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru bagi mengukuhkan daya ingatan tentang subjek dipelajari. Sesi ulangkaji yang diadakan adalah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Dalam hal ini, pihak PIK Bukit Besar telah mengambil inisiatif dengan memberi kemudahan kepada para pelajar yang menginginkan capaian internet yang laju dalam pembelajaran PDPR. Ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih selesa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: