Membuat Borang Online Menggunakan Google Form
14 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2021 yang lalu, staf PEDi Bukit Besar telah mengadakan kelas Membuat Borang Online Menggunakan Google Form. Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menghadiri kelas ini yang diadakan selama dua jam bermula 2 hingga 4 petang.
Google Forms adalah borang maya yang membolehkan anda mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden. Pengguna boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki dan menghantar hanya menggunakan peranti telefon pintar dan tablet.
Antara kelebihan yang ada jika menggunakan Google Forms :
- Menumpulkan maklumat pengguna
- Membina borang undian
- Menguruskan kehadiran
- Mengumpulkan hasil dapatan responden kajian
- Membina Instrumen soal selidik
- Menghasilkan analisis dapatan data, instrumen atau soal selidik
- Menghasilkan soalan kuiz
- Menghasilkan soalan penilaian dan pentaksiran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: