Kelas Online Canva (Mereka Poster)
18 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniCanva adalah salah satu platform perisian yang paling popular yang digunakan oleh pereka grafik hari ini. Dan dalam kelas ini, staf PIK akan membimbing seorang pelajar UiTM melalui asas cara menggunakannya. Staf mengajar beliau cara menggunakan Canva untuk membina grafik untuk media sosial, menyesuaikan template, menggabungkan imej dan teks, dan berkongsi dan memuat turun projek.
Aktiviti ini berlangsung pada 17 Julai 2021 dari pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Kelas secara online ini dijalankan menggunakan aplikasi Zoom. Ini adalah kelas pembelajaran secara praktikal. Pelajar wajib menyediakan laptop semasa kelas dijalankan.
Melalui aktiviti ini, pelajar akan diajar mengenai :
- Sign Up & Login
- Apa yang aplikasi Canva boleh hasilkan
- Memilih template
- Memilih warna latar belakang poster
- Memilih font bersesuaian
- Menentukan saiz grafik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: