Membuat Carta Bar di Microsoft Excel
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniSecara amnya Microsoft Excel berfungsi sebagai perisian pemprosesan nombor, tetapi secara terperinci Microsoft Excel berguna untuk mencipta, menyunting, menyusun, menganalisis dan meringkaskan data. Selain itu, Microsoft Excel juga berfungsi untuk melakukan pengiraan aritmetik dan statistik supaya dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan logik dan matematik. Excel juga boleh digunakan untuk membuat rekod kewangan, menyediakan belanjawan kewangan, membuat laporan dalam bentuk jadual, graf atau rajah.
Pada 10 Oktober 2021 yang lalu, staf PIK Bukit Besar telah mengadakan kelas Membuat Carta Bar di Microsoft Excel secara Google Meet. Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) telah menghadiri kelas ini yang diadakan selama dua jam bermula 2 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: