Facebook Live Mengenai Buli Siber
8 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2021 jam 3.00 petang, 4 PIK iaitu PIK Taman Kerayong Makmur (Pahang), PIK Parit Haji Salleh (Johor), PIK Kuala Sala (Kedah) & PIK Bukit Besar (Kedah) telah mengadakan satu perbincangan yang disiarkan secara langsung di Facebook bertajuk “Buli Siber”.
Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan individu melalui medium elektronik seperti mesej khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, laman web sosial dan WhatsApp yang melibatkan akses teknologi. Tingkah laku yang dilakukan melalui ini melibatkan seorang individu atau kumpulan individu secara berulang kali dengan mesej bermusuhan atau agresif bertujuan untuk menimbulkan kemudaratan atau ketidakselesaan pada yang lain.
Ingat, sebelum menulis komen, tanya diri sendiri sama ada apa yang ditulis memberi kesan negatif kepada individu lain atau tidak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: