Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022
16 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat 15 April 2022, PEDi Bukit Besar telah menyertai webinar bersama FOMCA. FOMCA adalah Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia. Webinar yang dijalankan adalah mengenai Pemerkasaan Pengguna 2022. Webinar dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet dan dilaksanakan oleh Cik Nurasyikin selaku wakil FOMCA. Webinar tersebut juga disertai oleh PEDi lain serta komuniti terdekat.
Seterusnya, pelbagai topik dikongsikan semasa webinar dilaksanakan antaranya hak-hak pengguna, tanggungjawab pengguna serta bantuan dan khidmat pengguna. Selain itu, dalam webinar tersebut juga berkongsi bagaimana kita sebagai pengguna dapat mengetahui apa yang boleh dilakukan sekiranya kita ditipu atau dimanipulasi oleh pihak pembeli.
Oleh itu, sebagai pengguna kita perlulah bijak dan mengetahui hak kita sebagai pengguna agar tidak ditindas. Banyak manfaat yang diperolehi serta pengetahuan baru yang diperolehi semasa webinar dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: