Kursus Train The Trainer Penggunaan Autocrat (e-Sijil)
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022 staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah NERA iaitu rakan digital, pengurus serta penolong pengurus telah menyertai kursus Train The Trainer Penggunaan Autocrat (e-Sijil). Kursus dijalankan secara atas talian menggunakan Google Meet. Pengurus PEDi Semenyih iaitu Encik Anwar Bin Maso’od merupakan tenaga pengajar sepanjang kursus tersebut dijalankan dan dibantu oleh penolong pengurus iaitu Encik Abdul Latif Bin Osman.
Seterusnya, antara tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf Pusat Ekonomi Digital tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat. Autocrat adalah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah disediakan atau ditetapkan. Antara perkara yang dipelajari sepanjang kursus ini ialah pengenalan terhadap Autocrat, penyediaan data di dalam Google Sheet, penyediaan templat sijil, tetapan dan konfigurasi menggunakan Autocrat didalam Google Sheet, menjalankan proses runjob pada data yang hendak digabungkan, proses penghantaran data yang telah gabungkan dan semakkan hasil janaan fail dalam folder yang ditetapkan untuk disimpan.
Oleh itu, kursus tersebut sangat memberi pengetahuan baru kepada semua staf PEDi dan dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada komuniti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: