Pembukaan Kaunter Tabung Haji di PEDi Bukit Besar
6 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2022 iaitu hari jumaat, PEDi Bukit Besar telah bekerjasama dengan Tabung Haji Pendang untuk membuka kaunter sementara di perkarangan luar PEDi Bukit Besar. Kaunter tersebut dikendalikan oleh 3 orang staf dari Tabung Haji Pendang. Kaunter tersebut mula dibuka pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Seterusnya, pelbagai perkhidmatan ditawarkan semasa pembukaan kaunter tersebut antaranya pembukaan akaun tabung haji bagi kanak-kanak dan dewasa serendah RM2.00. Selain itu, pengunjung boleh membuat pendaftaran haji serta mendaftar THijari secara online. Pengunjung juga boleh mengemaskini maklumat profil tabung haji, membuat simpanan serta potongan gaji secara bulanan. Pelbagai lagi urusan mengenai tabung haji boleh dilaksanakan semasa kaunter tersebut dibuka
Oleh yang demikian, kerjasama antara PEDi Bukit Besar dan Tabung Haji tersebut sangat mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pembukaan kaunter dari agensi luar seperti Tabung Haji sangat membantu serta memudahkan komuniti untuk menyelesaikan urusan yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: