Teknik Asas Canva
7 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 6 September 2022, PEDi Bukit Besar telah dijemput oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) negeri Perlis untuk mengadakan kelas Teknik Asas Canva secara atas talian. Kelas dilaksanakan melalui Google Meet yang disertai oleh peserta yang disediakan pihak JPW. Pengurus dan rakan digital PEDi Bukit Besar merupakan tenaga pengajar semasa kelas dijalankan. Kelas dijalankan pada pukul10.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Peserta yang menyertai kelas tersebut datang dari pelbagai latarbelakang antaranya usahawan, pelajar, pekerja swasta dan kerajaan, ibu tunggal dan lain-lain.
Hampir 60 peserta menyertai Google Meet tersebut. Seterusnya, antara topik yang dikongsikan semasa kelas teknik asas canva adalah mengenai pengenalan canva. Ini kerana terdapat peserta yang belum pernah menggunakan dan belum mempunyai akaun canva. Peserta ditunjukkan fungsi ciri-ciri yang ada pada antaramuka canva. Selain itu, peserta ditunjukkan tutorial untuk menghasilkan poster yang mudah dan menarik. Peserta juga diminta untuk berkongsi poster yang dihasilkan. Oleh yang demikian, kerjasama antara PEDi Bukit Besar dan JPW sangat memberi manfaat kepada peserta. Ini kerana peserta dapat menambah pengetahuan serta kemahiran baru terutamanya bagi usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: