Program Klik Dengan Bijak di SMK BEDONG
9 Mei 2014 | Aktiviti Terkini Pusat internet 1 malaysia (bukit besar,sg.limau, kuala sala & yan kechil) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan pejabat penerangan daerah Sungai petani telah menganjurkan Program Klik dengan Bijak (KDB) di Sekolah Menengah Kebangsaan bedong pada 8 Mei 2014. Program yang disertai seramai 53 orang peserta ini melibatkan pelajar dari tingkatan 6.
Program ini telah dirasmikan oleh tuan pengetua SMK.Bedong. tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan bimbingan penggunaan internet secara selamat dan memberi tips-tips menjaga kerahsiaan butir peribadi di internet dan cara melaporkan sebarang kesalahan siber melalui taklimat Klik dengan Bijak dan juga aktiviti di dalam kumpulan.
Pelbagai aktiviti telah direncanakan sepanjang program ini seperti ceramah Klik Dengan Bijak, latihan dalam kumpulan dan persembahan sketsa. Di akhir program ini, Peserta dapat meningkatkan kemahiran serta kesedaran di dalam aspek keselamatan penggunaan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
Program Sihat 10,000 Langkah
3 Mei 2014 | Aktiviti TerkiniPusat internet 1 malaysia bukit besar dengan kerjasama JAWATANKUASA KOMUNITI SIHAT PERSATUAN SG.DAUN CEMERLANG telah menganjurkan Program Sihat 10,000 langkah di simpang tiga sungai daun, yan,kedah pada 3 Mei 2014.
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk di daerah yan dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Besar. Selain pada itu, program juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepentingan bersenam kepada masyarakat setempat di samping melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini seperti, gotong royong membersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kampung, senamrobik, cabutan bertuah dan acara utama berjalan kaki 10,000 langkah. Program ini juga mendapat kerjasama daripada pejabat kesihatan daerah dan majlis daerah Yan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: