Bengkel Montivasi & Perniagaan Online
17 September 2014 | Aktiviti Terkini Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia telah diadakan di Langkawi pada 14 hingga 16 september 2014 dan telah dirasmikan oleh Perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Abd.Razak. antara aktiviti bersama yang dijalankan di carnival ini ialah Bengkel Montivasi & Perniagaan Online yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) wilayah Utara. Pusat internet 1 Malaysia di bawah seliaan Maxis Mobile Sdn Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan bengkel ini di mana para peserta terdiri daripada peniaga-peniaga IKS sekitar kawasan Langkawi.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk Meningkatkan montivasi untuk menjalankan perniagaan online ,memberi pendedahan serta peluang perniagaan online dan meningkatkan pengetahuan berkenaan prosedur-prosedur perniagaan online. Sepanjang program ini dijalankan, lawatan telah dilakukan oleh YBhg. Dato' Mohd. Ali Hanafiah (SKMM), YB Sabrina Azizan (Exco ICT Kedah),Y.B. Dato' Ir. Nawawi (parlimen langkawi) dan Tan Sri Khalid Ramli (pengerusi LADA).
Antara modul yang diberikan penekanan pada program ini adalah :
1. Tayangan video kejayaan usahawan online
2. Penerangan berkaitan aktiviti di PI
3. Perkongsian pengalaman usahawan Berjaya
4. Pengenalan perniagaan online
5. Kisah kejayaan perniagaan online bimbingan PI
6. Medium pemasaran perniagaan online
7. Proses pembayaran perniagaan online (payment gateway)
8. Proses pengeposan perniagaan online
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: